Friday 23 March 2012

Afiq Zharif Al-Asqolanie Al-Jauhary: Menempuh Ujian Daripada Allah S.W.T Sebagai Pendak...

Afiq Zharif Al-Asqolanie Al-Jauhary: Menempuh Ujian Daripada Allah S.W.T Sebagai Pendak...: Salam, ana kembali lagi untuk perkongsian ilmu dan pengalaman untuk antum semua, bukan tujuan untuk riak atau takbur, tapi sebagai pedoman u...

Menempuh Ujian Daripada Allah S.W.T Sebagai Pendakwah dan Pemimpin

Salam, ana kembali lagi untuk perkongsian ilmu dan pengalaman untuk antum semua, bukan tujuan untuk riak atau takbur, tapi sebagai pedoman untuk antum semua. Alhamdulillah, setelah merancang, bermesyuarat, berdiskusi bersama rakan-rakan yang lain dari alumni sekolah ana di Muar, akhirnya pihak sekolah telah membenarkan ana dan sahabat-sahabat yang lain untuk menadakan satu program motivasi berbentuk kerohanian yang bernama Kem Remaja Islam yang dimana tujuan program ini untuk kembalikan asas-asas agama dalam diri adik-adik kami yang dimana rata-ratanya dari tingkatan 2 hingga 4. Sebagai remaja yang beragama Islam, ianya amat penting untuk menjana iman dan taqwa dalam diri kerana iman ini sentiasa berubah-ubah, jadi amat penting untuk diri kita memperbaiki iman. ana cakap bukanlah ana ini alim atau warak akan tetapi mana yang ana tahu, ana akan kongsikan kepada antum dan adik-adik ana yang ana mengetuai pada hari ini sehingga hari Ahad.
  Akan tetapi membuat program sebegini bukanlah mudah, ianya memerlukan komitmen yang amat tinggi untuk mengendalikan program motivasi apatah ianya berbentuk kerohanian. Sepanjang ana mengendalikan program ini, terlalu banyak cabaran, dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah kepada ana dan anak buah ana, ujian amat berat sehinggakan ana ingin lari dari mengendalikan program ini, terlalu berat ujian. Tetapi, ana fikir secara positif, jika ana lemah, semua anak buah ana akan lemah, jadi ana menguatkan dri ana depan anak buah ana agar mereka sentiasa bersemangat untuk menjalankan program ini. Dilantik menjadi Pengarah Program bagaikan menggalas tugas Khalifah untuk menjaga ummatnya, kerana ana dapat merasakan bahawa, sepanjang ana menjadi Pengarah Program, banyak ujiannya sehinggakan ana merasa putus asa. Ujian itu memang berat dan payah akan tetapi berbekalkan iman dan taqwa dalam diri ana, ana teruskan. Ana berfikir sejenak, kenapa ana ditimpa ujian yang sedemikian? Ana bertanya kepada kakak angkat ana di Selangor yang merupakan seorang Hafizah. Dia berkata, "sebenarnya, apabila menjadi pengarah untuk suatu program apatah lagi berbentuk kerohanian, enta menggalas dua tugas, pemimpin dan pendakwah, pimpin anak buah dan adik-adik kita untuk menjalankan rancangan, dakwah kepada anak buah dan adik-adik kita untuk menjana iman dan taqwa mereka, ianya memang berat, akan tetapi, cuba enta fikir, kenapa enta dipilih oleh rakan-rakan yang lain untuk menjadi pengarah, kenapa enta dipilih untuk mengetuai program ini, kenapa Allah S.W.T memilih enta untuk mengalas ujian swebagai pendakwah? Kerana setiap dalam diri kita ada dua benda ini, pemimpin dan pendakwah' Itulah kata-kata dari kakak angkat ana. Jadi berbekalkan iman, taqwa, doa dan kata-kata tersebut, ana meneruskan perjuangan ini sebagai pendakwah dan pemimpin, bukan setakat program ini sahaja, malah dalam kehidupan seharian ana. Jadi, harap=harap Allah akan merahmati program ini dan harap akan berjalan lancar sepertimana yang dirancang walaupun telah lari dari jadual asal. Berjumpa lagi dalam post seterusnya. Salam 

Monday 12 March 2012

Semangat Keusahawanan

Hari ini, ana telah menghadiri suatu program iaitu Program Cenderung Keusahawanan anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa di universiti yang ana belajar sekarang. Kenapa ana dipanggil untuk menghadiri program ini kerana ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan walaupun ana mengambil bidang dakwah yang tidak kena-mengena dengan bidang perniagaan. Jadi, dengan program ini, diharap ana boleh menimba sedikit ilmu ini, kerana Baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri berniaga sebelum diangkat sebagai Rasul, sehingga ada hadis menyatakan bahawa 9/10 rezeki datang daripada peniagaan, malahan juga Baginda juga ada menyatakan kerja yang mulia adalah berniaga dan berkebun, jadi di sini ana ingin menyatakan di sini marilah menuntut ilmu perniagaan

Published with Blogger-droid v2.0.4

Belajar Kerana Allah

Salam dan kini ana kembali untuk perkongsian cerita dan pengalaman serta juga memasukkan input-input yang berguna untuk rakan-rakan diluar sana. Baiklah, ana ingin berkongsi satu pendapat dengan antum semua, belajar kerana dunia atau belajar kerana Allah S.W.T. Kenapa ana menanyakan soalan ini kepada antum? Kerana masing-masing ada pendapat dan pandangan yang berbeza, masakan tidak, rambut sama hitam, tapi, hati lain. Ana sendiri sebagai pelajar, mesti ada niat di dalam kalbu naluri hati kita yang menjadi paksi dan tunjang, kenapa kita belajar. Bagi pendapat ana, ana belajar kerana Allah. Ramai yang berkata, aku belajar sebab mak ayah aku yang suruh, ada juga berkata, aku belajar sebab kawan-kawan aku belajar, tak kan aku tak belajar. Jika niat-niat ini atau yang lain daripada ini ada dalam hati antum semua, tukarlah niat itu, jika tidak, alamatnya, segala apa yang antum pelajari selama antum belajar, tidak ada satu pun yang berada dalam diri antum, Allah sendiri tidak redha dengan antum jika antum ada niat sedemikian. Kan sudah dikatakan dalam Hadis Rasulullah S.A.W, setiap amalan itu, perlu ada niat. Jika niat itu betul, maka jalan yang sedang dilalui itu, pasti selamat dan diredhai oleh Allah, jika niat itu salah, maka, sepanjang antum menuntut ilm, antum akan merasa kepayahan dan kesusahan menuntut ilmu.

Belajar kerana Allah. Apa boleh kita katakan disini/? Ia bermula dengan niat kita, jika kita lihat, apa punca-punca kejayaan seorang pelajar , ada yang kata, saya belajar kerana Allah, punca kejayaan seorang pelajar iu adalah kerana dia berkomunikasi dengan Allah sepanjang dia berusaha untuk mencapai kejayaan, dan akhirnya , dia memperoleh kejayaan, akan tetapi, ada juga tidak berjaya mencapai kejayaan yang tinggi, juga kerana pelajar tersebut belajar kerana Allah, ilmu itu datang dari Allah, ilmu itu juga milik Allah, jadi pelajar tersebut berasa puas hati kerana pelajar itu mempelajari ilmu Allah walaupun bukan subjek agama, jadi kepuasan itu penting jika mempelajari ilmu Allah, kejayaan itu satu bonus, yang penting adalah niat dan perlaksanaa kita sedang menagamati ilmu daripada Allah. Jadi, belajar kerana Allah