Sunday 13 May 2012

Cinta

Salam, kini kembali untuk perkongsian ilmu dan pengalaman. Terlebih dahulu, ana minta maaf kerana tidak post blog yang baru. Almaklumlah, memegang jawatan sebagai pelajar sambil pula assignment makin bertimbun, tapi kerja banyak ,masih lagi post dalam blog, Masyallah, bukan apa, bak kata iklan Kitkat, rehat sebentar bersama   Kitkat, ni ana pula rehat sebentar bersama blog ana, Hehehehehehehe! Oklah, cerita hari ini tentang biasa kita dengar, topik selalu dibincangkan, tidak kisah dari medium mana, dari kaca tv, radio. internet, forum, dan banyak lagi. Iaitu CINTA. Ada apa dengan CINTA? Apa itu CINTA? CINTA tu apa? Apa maksud Cinta? dan banyak lagi persoalan tentang subjek ini. Ia bukanlah subjek di peringkat sekolah atau di peringkat IPT tapi ianya subjek yang umum. Ok, rasanya semua orang setuju dengan kenyataan saya iaitu 'semua orang di dalam duniia ini bercinta'. Ya, semua bercinta, tak kisah lah cinta pada apa, cinta kepada makayah, kawan, guru, alam dan cinta kepada kekasih! Ehm ini cinta lain ni. Nasib baik diri ini masih teruna dan single. But I'm available. Alamak promote diri pula. Tapi jika ada yang sudi nak kenal, apa salahnya, malahan bukan ke dalam Al-Quran dah kata, tujuan Allah mencipta Manusia ini untuk berkenal-kenalan. Jadi, mari buat Hari Perkenalan Sedunia. Mungkin boleh dipertimbangkan jika diusulkan kepada PBB.

Ok, nak lari topik pula. Nak cerita pasal cinta, ana bukanlah pakar dalam hal ni, tapi ana nak kongsi tentang cinta dari pandangan dan perspektif ana sendiri. Cinta ini adalah satu persaan yang semua orang ada dan setiap orang merasainya. Tapi cinta apa yang benar dan cinta apa yang cantik di pandangan Allah? Cinta sesama manusia. Mungkin, kerana cinta sesama manusia ini adalah biasa kita lalui. Ana belum ada pengalaman lagi. Tapi ana cuba sampaikan. Cinta ini cantik jika disulami kerana Allah dan keikhlasan. Ramai mempergunakan cinta sesama manusia ini berlandaskan nafsu dan material semata-mata. Sebab itulah ramai tidak percaya satu sama lain kerana sebab itu. Dah hilang nikmat rasa cinta. Cinta terhadap alam. Ni pun seronok juga kerana alam ini dicipta oleh Allah S.W.T jadi kenalah jaga dengan baik. Sebabkan cinta terhadap alam, wujudnya Hari Bumu. Hari Hijau dan banyak lagi program dan kempen dilakukan untuk alam kita. Disebabkan cinta kepada Alam, secara automatik, kita cinta kepada Al-Malik, Allah. Dia selayaknya kita mencintai-Nya. Cinta kepada Allah memang seronok sebab kita merasa kerdil apabila berdepan dengan Allah, maka dengan itu, ia akan mendatangkan rasa taqwa kepada-Nya. Sesiapa mencintai Allah, maka itu, hidupnya akan sentiasa tenang dan dapat pertolongan daripada Allah. Jadi, cintailah Allah, dan antum semua akan dapat semua cinta yang anda inginkan. Wassalam