Monday 12 March 2012

Belajar Kerana Allah

Salam dan kini ana kembali untuk perkongsian cerita dan pengalaman serta juga memasukkan input-input yang berguna untuk rakan-rakan diluar sana. Baiklah, ana ingin berkongsi satu pendapat dengan antum semua, belajar kerana dunia atau belajar kerana Allah S.W.T. Kenapa ana menanyakan soalan ini kepada antum? Kerana masing-masing ada pendapat dan pandangan yang berbeza, masakan tidak, rambut sama hitam, tapi, hati lain. Ana sendiri sebagai pelajar, mesti ada niat di dalam kalbu naluri hati kita yang menjadi paksi dan tunjang, kenapa kita belajar. Bagi pendapat ana, ana belajar kerana Allah. Ramai yang berkata, aku belajar sebab mak ayah aku yang suruh, ada juga berkata, aku belajar sebab kawan-kawan aku belajar, tak kan aku tak belajar. Jika niat-niat ini atau yang lain daripada ini ada dalam hati antum semua, tukarlah niat itu, jika tidak, alamatnya, segala apa yang antum pelajari selama antum belajar, tidak ada satu pun yang berada dalam diri antum, Allah sendiri tidak redha dengan antum jika antum ada niat sedemikian. Kan sudah dikatakan dalam Hadis Rasulullah S.A.W, setiap amalan itu, perlu ada niat. Jika niat itu betul, maka jalan yang sedang dilalui itu, pasti selamat dan diredhai oleh Allah, jika niat itu salah, maka, sepanjang antum menuntut ilm, antum akan merasa kepayahan dan kesusahan menuntut ilmu.

Belajar kerana Allah. Apa boleh kita katakan disini/? Ia bermula dengan niat kita, jika kita lihat, apa punca-punca kejayaan seorang pelajar , ada yang kata, saya belajar kerana Allah, punca kejayaan seorang pelajar iu adalah kerana dia berkomunikasi dengan Allah sepanjang dia berusaha untuk mencapai kejayaan, dan akhirnya , dia memperoleh kejayaan, akan tetapi, ada juga tidak berjaya mencapai kejayaan yang tinggi, juga kerana pelajar tersebut belajar kerana Allah, ilmu itu datang dari Allah, ilmu itu juga milik Allah, jadi pelajar tersebut berasa puas hati kerana pelajar itu mempelajari ilmu Allah walaupun bukan subjek agama, jadi kepuasan itu penting jika mempelajari ilmu Allah, kejayaan itu satu bonus, yang penting adalah niat dan perlaksanaa kita sedang menagamati ilmu daripada Allah. Jadi, belajar kerana Allah


No comments:

Post a Comment