Sunday 13 May 2012

Cinta

Salam, kini kembali untuk perkongsian ilmu dan pengalaman. Terlebih dahulu, ana minta maaf kerana tidak post blog yang baru. Almaklumlah, memegang jawatan sebagai pelajar sambil pula assignment makin bertimbun, tapi kerja banyak ,masih lagi post dalam blog, Masyallah, bukan apa, bak kata iklan Kitkat, rehat sebentar bersama   Kitkat, ni ana pula rehat sebentar bersama blog ana, Hehehehehehehe! Oklah, cerita hari ini tentang biasa kita dengar, topik selalu dibincangkan, tidak kisah dari medium mana, dari kaca tv, radio. internet, forum, dan banyak lagi. Iaitu CINTA. Ada apa dengan CINTA? Apa itu CINTA? CINTA tu apa? Apa maksud Cinta? dan banyak lagi persoalan tentang subjek ini. Ia bukanlah subjek di peringkat sekolah atau di peringkat IPT tapi ianya subjek yang umum. Ok, rasanya semua orang setuju dengan kenyataan saya iaitu 'semua orang di dalam duniia ini bercinta'. Ya, semua bercinta, tak kisah lah cinta pada apa, cinta kepada makayah, kawan, guru, alam dan cinta kepada kekasih! Ehm ini cinta lain ni. Nasib baik diri ini masih teruna dan single. But I'm available. Alamak promote diri pula. Tapi jika ada yang sudi nak kenal, apa salahnya, malahan bukan ke dalam Al-Quran dah kata, tujuan Allah mencipta Manusia ini untuk berkenal-kenalan. Jadi, mari buat Hari Perkenalan Sedunia. Mungkin boleh dipertimbangkan jika diusulkan kepada PBB.

Ok, nak lari topik pula. Nak cerita pasal cinta, ana bukanlah pakar dalam hal ni, tapi ana nak kongsi tentang cinta dari pandangan dan perspektif ana sendiri. Cinta ini adalah satu persaan yang semua orang ada dan setiap orang merasainya. Tapi cinta apa yang benar dan cinta apa yang cantik di pandangan Allah? Cinta sesama manusia. Mungkin, kerana cinta sesama manusia ini adalah biasa kita lalui. Ana belum ada pengalaman lagi. Tapi ana cuba sampaikan. Cinta ini cantik jika disulami kerana Allah dan keikhlasan. Ramai mempergunakan cinta sesama manusia ini berlandaskan nafsu dan material semata-mata. Sebab itulah ramai tidak percaya satu sama lain kerana sebab itu. Dah hilang nikmat rasa cinta. Cinta terhadap alam. Ni pun seronok juga kerana alam ini dicipta oleh Allah S.W.T jadi kenalah jaga dengan baik. Sebabkan cinta terhadap alam, wujudnya Hari Bumu. Hari Hijau dan banyak lagi program dan kempen dilakukan untuk alam kita. Disebabkan cinta kepada Alam, secara automatik, kita cinta kepada Al-Malik, Allah. Dia selayaknya kita mencintai-Nya. Cinta kepada Allah memang seronok sebab kita merasa kerdil apabila berdepan dengan Allah, maka dengan itu, ia akan mendatangkan rasa taqwa kepada-Nya. Sesiapa mencintai Allah, maka itu, hidupnya akan sentiasa tenang dan dapat pertolongan daripada Allah. Jadi, cintailah Allah, dan antum semua akan dapat semua cinta yang anda inginkan. Wassalam

Friday 23 March 2012

Afiq Zharif Al-Asqolanie Al-Jauhary: Menempuh Ujian Daripada Allah S.W.T Sebagai Pendak...

Afiq Zharif Al-Asqolanie Al-Jauhary: Menempuh Ujian Daripada Allah S.W.T Sebagai Pendak...: Salam, ana kembali lagi untuk perkongsian ilmu dan pengalaman untuk antum semua, bukan tujuan untuk riak atau takbur, tapi sebagai pedoman u...

Menempuh Ujian Daripada Allah S.W.T Sebagai Pendakwah dan Pemimpin

Salam, ana kembali lagi untuk perkongsian ilmu dan pengalaman untuk antum semua, bukan tujuan untuk riak atau takbur, tapi sebagai pedoman untuk antum semua. Alhamdulillah, setelah merancang, bermesyuarat, berdiskusi bersama rakan-rakan yang lain dari alumni sekolah ana di Muar, akhirnya pihak sekolah telah membenarkan ana dan sahabat-sahabat yang lain untuk menadakan satu program motivasi berbentuk kerohanian yang bernama Kem Remaja Islam yang dimana tujuan program ini untuk kembalikan asas-asas agama dalam diri adik-adik kami yang dimana rata-ratanya dari tingkatan 2 hingga 4. Sebagai remaja yang beragama Islam, ianya amat penting untuk menjana iman dan taqwa dalam diri kerana iman ini sentiasa berubah-ubah, jadi amat penting untuk diri kita memperbaiki iman. ana cakap bukanlah ana ini alim atau warak akan tetapi mana yang ana tahu, ana akan kongsikan kepada antum dan adik-adik ana yang ana mengetuai pada hari ini sehingga hari Ahad.
  Akan tetapi membuat program sebegini bukanlah mudah, ianya memerlukan komitmen yang amat tinggi untuk mengendalikan program motivasi apatah ianya berbentuk kerohanian. Sepanjang ana mengendalikan program ini, terlalu banyak cabaran, dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah kepada ana dan anak buah ana, ujian amat berat sehinggakan ana ingin lari dari mengendalikan program ini, terlalu berat ujian. Tetapi, ana fikir secara positif, jika ana lemah, semua anak buah ana akan lemah, jadi ana menguatkan dri ana depan anak buah ana agar mereka sentiasa bersemangat untuk menjalankan program ini. Dilantik menjadi Pengarah Program bagaikan menggalas tugas Khalifah untuk menjaga ummatnya, kerana ana dapat merasakan bahawa, sepanjang ana menjadi Pengarah Program, banyak ujiannya sehinggakan ana merasa putus asa. Ujian itu memang berat dan payah akan tetapi berbekalkan iman dan taqwa dalam diri ana, ana teruskan. Ana berfikir sejenak, kenapa ana ditimpa ujian yang sedemikian? Ana bertanya kepada kakak angkat ana di Selangor yang merupakan seorang Hafizah. Dia berkata, "sebenarnya, apabila menjadi pengarah untuk suatu program apatah lagi berbentuk kerohanian, enta menggalas dua tugas, pemimpin dan pendakwah, pimpin anak buah dan adik-adik kita untuk menjalankan rancangan, dakwah kepada anak buah dan adik-adik kita untuk menjana iman dan taqwa mereka, ianya memang berat, akan tetapi, cuba enta fikir, kenapa enta dipilih oleh rakan-rakan yang lain untuk menjadi pengarah, kenapa enta dipilih untuk mengetuai program ini, kenapa Allah S.W.T memilih enta untuk mengalas ujian swebagai pendakwah? Kerana setiap dalam diri kita ada dua benda ini, pemimpin dan pendakwah' Itulah kata-kata dari kakak angkat ana. Jadi berbekalkan iman, taqwa, doa dan kata-kata tersebut, ana meneruskan perjuangan ini sebagai pendakwah dan pemimpin, bukan setakat program ini sahaja, malah dalam kehidupan seharian ana. Jadi, harap=harap Allah akan merahmati program ini dan harap akan berjalan lancar sepertimana yang dirancang walaupun telah lari dari jadual asal. Berjumpa lagi dalam post seterusnya. Salam 

Monday 12 March 2012

Semangat Keusahawanan

Hari ini, ana telah menghadiri suatu program iaitu Program Cenderung Keusahawanan anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa di universiti yang ana belajar sekarang. Kenapa ana dipanggil untuk menghadiri program ini kerana ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan walaupun ana mengambil bidang dakwah yang tidak kena-mengena dengan bidang perniagaan. Jadi, dengan program ini, diharap ana boleh menimba sedikit ilmu ini, kerana Baginda Nabi Muhammad S.A.W sendiri berniaga sebelum diangkat sebagai Rasul, sehingga ada hadis menyatakan bahawa 9/10 rezeki datang daripada peniagaan, malahan juga Baginda juga ada menyatakan kerja yang mulia adalah berniaga dan berkebun, jadi di sini ana ingin menyatakan di sini marilah menuntut ilmu perniagaan

Published with Blogger-droid v2.0.4

Belajar Kerana Allah

Salam dan kini ana kembali untuk perkongsian cerita dan pengalaman serta juga memasukkan input-input yang berguna untuk rakan-rakan diluar sana. Baiklah, ana ingin berkongsi satu pendapat dengan antum semua, belajar kerana dunia atau belajar kerana Allah S.W.T. Kenapa ana menanyakan soalan ini kepada antum? Kerana masing-masing ada pendapat dan pandangan yang berbeza, masakan tidak, rambut sama hitam, tapi, hati lain. Ana sendiri sebagai pelajar, mesti ada niat di dalam kalbu naluri hati kita yang menjadi paksi dan tunjang, kenapa kita belajar. Bagi pendapat ana, ana belajar kerana Allah. Ramai yang berkata, aku belajar sebab mak ayah aku yang suruh, ada juga berkata, aku belajar sebab kawan-kawan aku belajar, tak kan aku tak belajar. Jika niat-niat ini atau yang lain daripada ini ada dalam hati antum semua, tukarlah niat itu, jika tidak, alamatnya, segala apa yang antum pelajari selama antum belajar, tidak ada satu pun yang berada dalam diri antum, Allah sendiri tidak redha dengan antum jika antum ada niat sedemikian. Kan sudah dikatakan dalam Hadis Rasulullah S.A.W, setiap amalan itu, perlu ada niat. Jika niat itu betul, maka jalan yang sedang dilalui itu, pasti selamat dan diredhai oleh Allah, jika niat itu salah, maka, sepanjang antum menuntut ilm, antum akan merasa kepayahan dan kesusahan menuntut ilmu.

Belajar kerana Allah. Apa boleh kita katakan disini/? Ia bermula dengan niat kita, jika kita lihat, apa punca-punca kejayaan seorang pelajar , ada yang kata, saya belajar kerana Allah, punca kejayaan seorang pelajar iu adalah kerana dia berkomunikasi dengan Allah sepanjang dia berusaha untuk mencapai kejayaan, dan akhirnya , dia memperoleh kejayaan, akan tetapi, ada juga tidak berjaya mencapai kejayaan yang tinggi, juga kerana pelajar tersebut belajar kerana Allah, ilmu itu datang dari Allah, ilmu itu juga milik Allah, jadi pelajar tersebut berasa puas hati kerana pelajar itu mempelajari ilmu Allah walaupun bukan subjek agama, jadi kepuasan itu penting jika mempelajari ilmu Allah, kejayaan itu satu bonus, yang penting adalah niat dan perlaksanaa kita sedang menagamati ilmu daripada Allah. Jadi, belajar kerana Allah


Saturday 18 February 2012

Perjuangan Menuntut Ilmu Bersambung

Salam, ana kembali lagi untuk perkongsian ilmu dan pengalaman untuk dijadikan panduan dan pedoman hidup untuk mencari kemanisan hidup yang diselami gaya hidup Islam. Alhamdulillah, ana telah mendapat keputusan yang agak baik untuk permulaan semester pertama, walaupun tidak mencapai yang diiginkan iaitu untuk mendapatkan Anugerah Dekan, akan tetapi ilmu itu adalah milik Allah sepenuhnya. Baik kita belajar untuk kepuasan kita, belajar kerana akhirat, belajar kerana ingin mencapai kehidupan yang baik untuk keluarga kita yang bakal kita bina, bukan untuk mengejar pangkat yang tinggi, bukan untuk mengejar gaji yang mencecah ribuan ringgit, bukan darjat yang diimpikan, tapi untuk mencari keredhaan Allah. Jika Allah redha dengan kita, Allah akan membalas dengan orang disekeliling kita pandang tinggi pada kita, itulah balasan orang yang belajar ilmu Allah kerana mencari redha Allah

Perjuangan menuntut ilmu bersambung pada semester kedua ini, dengan berada di kelas baru, dengan kawan kelas yang baru, jadual baru, subjek baru menambah lagi garam dan asam kemanisan belajar, jika kita belajar kerana Allah, tiada apa yang membebankan kita dalam hidup sebagai seorang pelajar universiti. Asal niat baik dan pandai agihkan masa untuk belajar dan hiburan, semua itu akan menjadi manis, saat indah belajar menjadi bermakna dan sentiasa diingati, jadi pesana ana, belajarlah kerana Allah

Friday 3 February 2012

TIP-TIP BELAJAR


Disini ana ingin berkongsi sedikit tip=tip belajar untuk semua rakan yang sedang belajar ilmu-ilmu daripada Allah, ana tidak kata yang tip ini berkesan, tapi sekadar perkongsian sahaja.

TIP-TIP BELAJAR
·         Jangan tidur lewat
Tempoh waktu yang disarankan untuk memperoleh badab yang cergas dan akal minda yang cerdas keesokan harinya adalah antara tujuh hingga lapan jam. Tidur lewat bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah akan menyebabkan pelajar berasa letih dan mengantuk di dalam kelas.

·         Bawa bekalan air kosong atau air suam
Otak memerlukan bekalan oksigen yang cukup untuk merangsangkan daya berfikir dan kekurangan itu akan menyebabkan sel otak menjadi lemah lantas menyukarkan pelajar berfikir atau mengikuti pembelajaran. Cara paling mudah dengan minum air kosong kerana ia menjadi pembekal oksigen yang baik kepada otak.

·         Lakukan pergerakan tangan dan mata semasa guru sedang mengajar
Ambil kertas kosong dan cuba catat atau lakarkan fakta yang disampaikan guru manakala mata hendaklah sentiasa galak memerhatikan pergerakan guru. Jika bebola mata seseorang pelajar itu kurang bergerak atau hanya memandang satu arah saja bermakna dia sedang mengelamun dan pasti mengantuk selepas itu.

·         Amalkan pemakanan sihat
Pemakanan sihat sangat penting untuk membantu pelajar focus dalam kelas antaranya madu, kacang, tenusu, dan buah-buahan. Elakkan daripada mengambil makanan segera.

·         Kurang minat dalam sesuatu pelajaran
Kurangnya minat terhadap sesuatu subjek atau cara pengajaran guru boleh memberi kepada keupayaan pelajar di dalam kelas. Untuk mengelakkannya, pelajar mahupun guru perlu bijak mencari mekanisme terbaik mengatasinya.

Wednesday 1 February 2012

Kerja Halal, Kerja Mulia

Salam, ana kembali lagi untuk perkongsian ilmu dan pendengaran pendapat. Ana ingin menceritakan satu hikayat yang bertajuk Kerja Mulia. Ramai yang bertanya pada kita atau diri sendiri tertanya apakah kerja yang mulia? Persoalan yang ana sendiri tidak pasti apakah jawapannya kerana ana sendiri pun masih lagi belajar dan juga mencari pekerjaa yang sesuai dengan kos yang ana ambil di universiti. Jawapanya yang mungkin berbeza dengan semua orang kerana pendapat dan pemikiran orang yang berlainan, Kerja yang mulia yang orang sedia maklum adalah guru atau cikgu atau ustaz. Ini kerana mereka inilah yang mengajar anak-anak bangsa kita untuk menjadi pemimpin yang akan mengetuai paksi pemerintahan negara kita pada masa yang akan datang. Masakan tidak mereka ini dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana merekalah lahirnya insan-insan yang hebat, cerdik dan berkaliber serta juga dipandang tinggi oleh orang lain kerana sehinggakan gelaran guru, atau ustaz atau cikgu itu kekal dan melekat di nama mereka sehinggakan mereka sudah bersara. Ana tidak menafikan yang kerja guru ini adalah kerja mulia.

Akan tetapi, ada satu kerja yang mulia yang dimana sama taraf dengan guru dipandangan Yang Maha Kuasa ialah pemotong rumput, penyapu sampah sekolah atau dimana-mana sahaja, pencuici tandas, kerja majlis perbandaran atau sewaktu dengannya. Kenapa ana kata begini? Kerana kerja mereka melibatkan alam sekitar yang dimana alam ini dicipta oleh Allah S.W.T. Sepanjang hari mereka bertungkus-lumus kerja hanya ingin mengekalkan kebersihan dan kesejahteraan alam ini, jika mereka ini tiada, atau tiada siapa yang mahu membuat kerja ini, dah tentu alam akan memberontak dan akan mengundang kemurkaan Allah. Sebagai hamba Allah, kita harus berkhidmat pada alam ciptaan Allah. Kan sudah tertulis dalam kalam suci Al-Quran, menyatakan kita harus berbuat baik pada alam, golongan inilah yang membuat sedemikian, tapi apa-apa pun, apa jua pekerjaan yang kita buat itu, sama ada kita suka atau tidak suka, susah atau senang ke, yang penting ianya kerja halal. Ini kerana Allah akan memberikan pahala bagi siapa yang melakukan kerja halal, dan keikhlasan itu penting juga, dicampurkan ikhlas dan kerja halal, Insyallah, Allah akan memudahkan kerja kita itu. Sekian, Wassalam

Thursday 19 January 2012

Berita Terkini

Pada jam 9.30 , malam, lokasi di Sungai Parit Sulong, terjadi satu tragedi yang menyayat hati. Seorang murid di salah satu sekolah di Parit Sulong, didapati lemas dan sehingga jam 11.28 malam, jasadnya belum lagi ditemui. Menurut orang kampung, ianya terjadi begitu pantas, mereka bersama sahabat yang lain pergi mancing bersama dan salah satu daripada mereka tergelincir lalu terjatuh kedalam sungai. Jadi, sume org kmpng dan ajk kampng tersebut bekerjasama dengan pihak RELA mencari murid tersebut. Harap keluarga murid tersebut, dapat bersabar dan tenang menempuhi ujian ini dan Insyallah, Allah akan bantu hamba-Nya yang di dalam kesusahan

Sunday 15 January 2012

Ana cuma insan biasa






Jika nak tahu siapa gerangan lelaki ini, nilah ana( bahasa arab bagi "saya" or "aku"), this is me, rupa x sekacak Aaron Aziz, tapi bak kate Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "tapi manisnya ada", hehehehehe. Diri ini tidak sehebat mane, cume ingin mencari sahabat2 baru, serta juga mendengar dan bertukar pandangan dan pendapat org ramai tntng ape sajer yg baik, mana yg baik, dijadikan amalan, manakala yg buruk, dijadikan sempadan agar kita boleh menjadi insan yg baik dan tulus ikhlas serta juga beribadat kepada Allah S.W.T.

Perlukah rupa dijadikan sebagai kayu pengukur seseorang, perlukah darjat dijadikan sebagai pemisah kelas, perlukah pangkat dijadikan sebagai pengasingan kasta, perlukah semua itu, jawapannya, tepuk dada, tanya iman, kerana Allah memandang hamba-Nya bukan pada rupa, tapi memandang amalan kita, amal jariah kita, komunkasi kita dengan Allah, adakah kita selalu mengingati selalu, jadi, fikirkanlah dan muhasabah diri kita

This is me

Muhamad Afiq Zharif Bin Abd Aziz adalah name yg tertera dalam I.C. But, org pngl ana dgn bnyk pnggln, yalah, dh jadi trend kat Malaysia nie, ada name pnggln, ada org pnggl ana Afiq, bagi yg sape yg knal, ada juga pngl ana Zharif, mostly pngl ana mcm 2, is my Sensei, and sape2 yg rapat ngan ana, pngl ana bong, nak tahu nape BONG, tngu ya, ana berusia 20 thun(sbnrye x smpy 20 pun, birth at Sept) dari Johor, masih belajar dan juga masih Bujang! ehmm, ana baru jer start buar blog nie, jadi if ada kekurangan or kesilapan, berithulah yer, ana org x lah berapa hensem, n x lah berapa popular, cume ana suka share dgn frenz, apa2 jer bnde yg baik or something new in my life, ana suka share

ana nie sbnrye pemalu sbnrye if ana x knal someone, but jika dh knal, ha, duk kdy kopi smpy pgi ,hahahahahaha, ana, jadi ana gye dulu, wasslam

Story begin

Salam semua, Alhamdulillah, impian ana ingin ada blog sendiri telah pun tercapai, ana memang berangan untuk memiliki blog sendiri. Digunakan untuk menyampaikan maklumat dan apa saja yang baik untuk followers ana. Ana berasal daripada Johor, sekolah juga di Johor tapi akhirnya ana berjaya melangkah keluar dari Johor apabila ana berjaya masuk ke menara gading di Negeri Sembilan. Tapi berat nak tinggalkan kampung halaman, yalah, dari dilahirkan hingga sampai ana 18, duduk dan bermastautin d Johor, jadi setakat, itu sahaja, nanti, jika ada apa yang ingin dikongsi, Insyallah, ana akan beritahu anda semua. Wassalam