Saturday 18 February 2012

Perjuangan Menuntut Ilmu Bersambung

Salam, ana kembali lagi untuk perkongsian ilmu dan pengalaman untuk dijadikan panduan dan pedoman hidup untuk mencari kemanisan hidup yang diselami gaya hidup Islam. Alhamdulillah, ana telah mendapat keputusan yang agak baik untuk permulaan semester pertama, walaupun tidak mencapai yang diiginkan iaitu untuk mendapatkan Anugerah Dekan, akan tetapi ilmu itu adalah milik Allah sepenuhnya. Baik kita belajar untuk kepuasan kita, belajar kerana akhirat, belajar kerana ingin mencapai kehidupan yang baik untuk keluarga kita yang bakal kita bina, bukan untuk mengejar pangkat yang tinggi, bukan untuk mengejar gaji yang mencecah ribuan ringgit, bukan darjat yang diimpikan, tapi untuk mencari keredhaan Allah. Jika Allah redha dengan kita, Allah akan membalas dengan orang disekeliling kita pandang tinggi pada kita, itulah balasan orang yang belajar ilmu Allah kerana mencari redha Allah

Perjuangan menuntut ilmu bersambung pada semester kedua ini, dengan berada di kelas baru, dengan kawan kelas yang baru, jadual baru, subjek baru menambah lagi garam dan asam kemanisan belajar, jika kita belajar kerana Allah, tiada apa yang membebankan kita dalam hidup sebagai seorang pelajar universiti. Asal niat baik dan pandai agihkan masa untuk belajar dan hiburan, semua itu akan menjadi manis, saat indah belajar menjadi bermakna dan sentiasa diingati, jadi pesana ana, belajarlah kerana Allah

Friday 3 February 2012

TIP-TIP BELAJAR


Disini ana ingin berkongsi sedikit tip=tip belajar untuk semua rakan yang sedang belajar ilmu-ilmu daripada Allah, ana tidak kata yang tip ini berkesan, tapi sekadar perkongsian sahaja.

TIP-TIP BELAJAR
·         Jangan tidur lewat
Tempoh waktu yang disarankan untuk memperoleh badab yang cergas dan akal minda yang cerdas keesokan harinya adalah antara tujuh hingga lapan jam. Tidur lewat bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah akan menyebabkan pelajar berasa letih dan mengantuk di dalam kelas.

·         Bawa bekalan air kosong atau air suam
Otak memerlukan bekalan oksigen yang cukup untuk merangsangkan daya berfikir dan kekurangan itu akan menyebabkan sel otak menjadi lemah lantas menyukarkan pelajar berfikir atau mengikuti pembelajaran. Cara paling mudah dengan minum air kosong kerana ia menjadi pembekal oksigen yang baik kepada otak.

·         Lakukan pergerakan tangan dan mata semasa guru sedang mengajar
Ambil kertas kosong dan cuba catat atau lakarkan fakta yang disampaikan guru manakala mata hendaklah sentiasa galak memerhatikan pergerakan guru. Jika bebola mata seseorang pelajar itu kurang bergerak atau hanya memandang satu arah saja bermakna dia sedang mengelamun dan pasti mengantuk selepas itu.

·         Amalkan pemakanan sihat
Pemakanan sihat sangat penting untuk membantu pelajar focus dalam kelas antaranya madu, kacang, tenusu, dan buah-buahan. Elakkan daripada mengambil makanan segera.

·         Kurang minat dalam sesuatu pelajaran
Kurangnya minat terhadap sesuatu subjek atau cara pengajaran guru boleh memberi kepada keupayaan pelajar di dalam kelas. Untuk mengelakkannya, pelajar mahupun guru perlu bijak mencari mekanisme terbaik mengatasinya.

Wednesday 1 February 2012

Kerja Halal, Kerja Mulia

Salam, ana kembali lagi untuk perkongsian ilmu dan pendengaran pendapat. Ana ingin menceritakan satu hikayat yang bertajuk Kerja Mulia. Ramai yang bertanya pada kita atau diri sendiri tertanya apakah kerja yang mulia? Persoalan yang ana sendiri tidak pasti apakah jawapannya kerana ana sendiri pun masih lagi belajar dan juga mencari pekerjaa yang sesuai dengan kos yang ana ambil di universiti. Jawapanya yang mungkin berbeza dengan semua orang kerana pendapat dan pemikiran orang yang berlainan, Kerja yang mulia yang orang sedia maklum adalah guru atau cikgu atau ustaz. Ini kerana mereka inilah yang mengajar anak-anak bangsa kita untuk menjadi pemimpin yang akan mengetuai paksi pemerintahan negara kita pada masa yang akan datang. Masakan tidak mereka ini dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana merekalah lahirnya insan-insan yang hebat, cerdik dan berkaliber serta juga dipandang tinggi oleh orang lain kerana sehinggakan gelaran guru, atau ustaz atau cikgu itu kekal dan melekat di nama mereka sehinggakan mereka sudah bersara. Ana tidak menafikan yang kerja guru ini adalah kerja mulia.

Akan tetapi, ada satu kerja yang mulia yang dimana sama taraf dengan guru dipandangan Yang Maha Kuasa ialah pemotong rumput, penyapu sampah sekolah atau dimana-mana sahaja, pencuici tandas, kerja majlis perbandaran atau sewaktu dengannya. Kenapa ana kata begini? Kerana kerja mereka melibatkan alam sekitar yang dimana alam ini dicipta oleh Allah S.W.T. Sepanjang hari mereka bertungkus-lumus kerja hanya ingin mengekalkan kebersihan dan kesejahteraan alam ini, jika mereka ini tiada, atau tiada siapa yang mahu membuat kerja ini, dah tentu alam akan memberontak dan akan mengundang kemurkaan Allah. Sebagai hamba Allah, kita harus berkhidmat pada alam ciptaan Allah. Kan sudah tertulis dalam kalam suci Al-Quran, menyatakan kita harus berbuat baik pada alam, golongan inilah yang membuat sedemikian, tapi apa-apa pun, apa jua pekerjaan yang kita buat itu, sama ada kita suka atau tidak suka, susah atau senang ke, yang penting ianya kerja halal. Ini kerana Allah akan memberikan pahala bagi siapa yang melakukan kerja halal, dan keikhlasan itu penting juga, dicampurkan ikhlas dan kerja halal, Insyallah, Allah akan memudahkan kerja kita itu. Sekian, Wassalam