Friday 23 March 2012

Menempuh Ujian Daripada Allah S.W.T Sebagai Pendakwah dan Pemimpin

Salam, ana kembali lagi untuk perkongsian ilmu dan pengalaman untuk antum semua, bukan tujuan untuk riak atau takbur, tapi sebagai pedoman untuk antum semua. Alhamdulillah, setelah merancang, bermesyuarat, berdiskusi bersama rakan-rakan yang lain dari alumni sekolah ana di Muar, akhirnya pihak sekolah telah membenarkan ana dan sahabat-sahabat yang lain untuk menadakan satu program motivasi berbentuk kerohanian yang bernama Kem Remaja Islam yang dimana tujuan program ini untuk kembalikan asas-asas agama dalam diri adik-adik kami yang dimana rata-ratanya dari tingkatan 2 hingga 4. Sebagai remaja yang beragama Islam, ianya amat penting untuk menjana iman dan taqwa dalam diri kerana iman ini sentiasa berubah-ubah, jadi amat penting untuk diri kita memperbaiki iman. ana cakap bukanlah ana ini alim atau warak akan tetapi mana yang ana tahu, ana akan kongsikan kepada antum dan adik-adik ana yang ana mengetuai pada hari ini sehingga hari Ahad.
  Akan tetapi membuat program sebegini bukanlah mudah, ianya memerlukan komitmen yang amat tinggi untuk mengendalikan program motivasi apatah ianya berbentuk kerohanian. Sepanjang ana mengendalikan program ini, terlalu banyak cabaran, dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah kepada ana dan anak buah ana, ujian amat berat sehinggakan ana ingin lari dari mengendalikan program ini, terlalu berat ujian. Tetapi, ana fikir secara positif, jika ana lemah, semua anak buah ana akan lemah, jadi ana menguatkan dri ana depan anak buah ana agar mereka sentiasa bersemangat untuk menjalankan program ini. Dilantik menjadi Pengarah Program bagaikan menggalas tugas Khalifah untuk menjaga ummatnya, kerana ana dapat merasakan bahawa, sepanjang ana menjadi Pengarah Program, banyak ujiannya sehinggakan ana merasa putus asa. Ujian itu memang berat dan payah akan tetapi berbekalkan iman dan taqwa dalam diri ana, ana teruskan. Ana berfikir sejenak, kenapa ana ditimpa ujian yang sedemikian? Ana bertanya kepada kakak angkat ana di Selangor yang merupakan seorang Hafizah. Dia berkata, "sebenarnya, apabila menjadi pengarah untuk suatu program apatah lagi berbentuk kerohanian, enta menggalas dua tugas, pemimpin dan pendakwah, pimpin anak buah dan adik-adik kita untuk menjalankan rancangan, dakwah kepada anak buah dan adik-adik kita untuk menjana iman dan taqwa mereka, ianya memang berat, akan tetapi, cuba enta fikir, kenapa enta dipilih oleh rakan-rakan yang lain untuk menjadi pengarah, kenapa enta dipilih untuk mengetuai program ini, kenapa Allah S.W.T memilih enta untuk mengalas ujian swebagai pendakwah? Kerana setiap dalam diri kita ada dua benda ini, pemimpin dan pendakwah' Itulah kata-kata dari kakak angkat ana. Jadi berbekalkan iman, taqwa, doa dan kata-kata tersebut, ana meneruskan perjuangan ini sebagai pendakwah dan pemimpin, bukan setakat program ini sahaja, malah dalam kehidupan seharian ana. Jadi, harap=harap Allah akan merahmati program ini dan harap akan berjalan lancar sepertimana yang dirancang walaupun telah lari dari jadual asal. Berjumpa lagi dalam post seterusnya. Salam 

No comments:

Post a Comment