Sunday, 11 May 2014

Salam, kembali lagi dalam blog ni. Fuh!!!!!!! Agak lama juga tidak bermadah cerita dalam nukilan ni, almaklumlah, terlalu sibuk dengan tugas ana sebagai seorang daei yang bergerak untuk menjana ummah daqn negara. Baiklah, ana hendak ceritakan satu cerita. Sudah hampir sebulan mereka berkahwin. Pasangan ini sungguh gembira apabila dimeterai ikatan nikah. Si isteri dari pantai timur dengan wajah yang putih serta anggun diperjodohkan dengan si suami dari tanah bersejarah yang berjiran dengan negeri selatan disertakan wajah yang kacak dan bergaya. Mereka berdua memang sepadan bagaikan pinang dibelah dua.

Akan tetapi, Allah S.W.T yang Maha Kuasa Atas Segalanya memberikan sesuatu yang diluar jangkaan mereka dan rakan-rakannya. Pada hari Khamis, malam Jumaat, kecelakaan menimpa mereka. Mereka terlibat dengan kemalangan jalanraya di selatan negara. Kemalangan itu membuatkan si isteri mengalami kecederaan yang serius, yang membuatkan si isteri itu tidak merasa anggota badannya dari pinggang hingga ke kaki. Sejurus itu, si isteri itu dibawa ke hospital. Si suami merasa bersalah yang amat dek kerana kecuaiannya, sehinggakan bertentang mata dengan si isteri, si suami tidak mampu melihat derita si isteri. Namun si isteri dengan tenang menjawab disertakan senyuman, Allah nak bagi ujian pada kita, maknannya Dia sayang kita. Senyumlah, tidak berduka, jika berduka, maknannya kita tidak suka ujian Dia.

Jika anda mahu tahu siapa pasangan ini, pasangan inilah yang menjadi background blog saya ini. Mereka adalah kawan sekelas saya dan si suami itu, kawan dari zaman sekolah menengah. Mereka berdua cekal menempuh ujian ini dengan senyuman dan zikir di dalam hati. Itu yang saya belajar dari mereka. Jika mereka di bebankan dengan ujian berat ini, kenapa kita masih mengeluh dan berputus asa dengan masalah yang remeh temeh? Fikirkanlah




No comments:

Post a Comment