Tuesday 2 April 2013

Sahabat Keimanan

Salam, bertemu lagi dalam blog ini, untuk penyebaran ilmu dan dakwah, beserta juga perkongsian pengalaman, ditambah pula dengan sedikit peringatan dari diri yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, satu ucapan tiada tolok bandingan bagi umat Islam yang bernafas dalam udara Iman dan Islam di saluti dengan Ihsan. Sentiasa ucapkan Alhamdulillah agar kita tidak digelar manusia yang sombong kepada Allah S.W.T. Masyallah. Kenapa kita perlu ucapkan Alhamdulillah? Simple je sebab itu tanda kita bersyukur kepada-Nya, sah-sah dah dapat pahala, kan senang nak jadi Sahabat Keimanan. Bercakap tentang Sahabat Keimanan, jika antum perasan, ana ada post perkataan ini. Kan? Perasan tak? HA, takpe2. Ok, ana akan jelaskan apakah konsep Sahabat Keimanan.

Sahabat Keimanan. Satu istilah yang mungkin asing bagi sesetengah daripada kita. Ana suka istilah ini. Kenapa? Senang, bukankah kita semua ni, adalah saudara, sahabat. Ianya bermaksud, sahabat yg berkongsi keimanan yg sama, nikmat Islam yg sama, bernafas dalam udara yg sama malahan berkongsi benda yg sama. Begitu juga, susah payah bersama, senang lenang dikongsi, segala dikongsi kerana atas tiket istilah Sahabat Keimanan, sebab itulah, ana menggunakan istilah sebagai identiti bagi blog ana. Cerita sebenar datang dari novel nukilan Hilal Asyraf yg bertajuk Takdir:Cahaya Yang Tidak Terpadam( Menarik cerita itu, dh bnyk kali khatam cerita tu). Dalam novel ada menyebut istilah Sahabat Keimanan, saudara Hilal Asyraf menjelaskan bahawa sahabat yg sanggup bersusah payah pada sahabatnya dan sahabatnya itu akan menolongnya pada masa akan datang, serta juga, jauh di benak hati, sahabat itu tahu, keresahan, permasalahan yg berlaku pada sahabatnya itu. Jadi, ana selalu berkongsi pengalaman dan ilmu, kerana ana tahu, di luar sana, ada sahabat yg ada masalah, jadi dengan ada blog ni, sedikit sebanyak, membantu beliau untuk mengatasi masalah, kita mungkin tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut, tpi, kita harus ada kekuatan untuk mengatasi masalah tersebut. Ok, itu sahaja dari saya, sekadar perkongsian, Salam Sahabat Keimanan!!!!!!!!!