Tuesday 2 April 2013

Sahabat Keimanan

Salam, bertemu lagi dalam blog ini, untuk penyebaran ilmu dan dakwah, beserta juga perkongsian pengalaman, ditambah pula dengan sedikit peringatan dari diri yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, satu ucapan tiada tolok bandingan bagi umat Islam yang bernafas dalam udara Iman dan Islam di saluti dengan Ihsan. Sentiasa ucapkan Alhamdulillah agar kita tidak digelar manusia yang sombong kepada Allah S.W.T. Masyallah. Kenapa kita perlu ucapkan Alhamdulillah? Simple je sebab itu tanda kita bersyukur kepada-Nya, sah-sah dah dapat pahala, kan senang nak jadi Sahabat Keimanan. Bercakap tentang Sahabat Keimanan, jika antum perasan, ana ada post perkataan ini. Kan? Perasan tak? HA, takpe2. Ok, ana akan jelaskan apakah konsep Sahabat Keimanan.

Sahabat Keimanan. Satu istilah yang mungkin asing bagi sesetengah daripada kita. Ana suka istilah ini. Kenapa? Senang, bukankah kita semua ni, adalah saudara, sahabat. Ianya bermaksud, sahabat yg berkongsi keimanan yg sama, nikmat Islam yg sama, bernafas dalam udara yg sama malahan berkongsi benda yg sama. Begitu juga, susah payah bersama, senang lenang dikongsi, segala dikongsi kerana atas tiket istilah Sahabat Keimanan, sebab itulah, ana menggunakan istilah sebagai identiti bagi blog ana. Cerita sebenar datang dari novel nukilan Hilal Asyraf yg bertajuk Takdir:Cahaya Yang Tidak Terpadam( Menarik cerita itu, dh bnyk kali khatam cerita tu). Dalam novel ada menyebut istilah Sahabat Keimanan, saudara Hilal Asyraf menjelaskan bahawa sahabat yg sanggup bersusah payah pada sahabatnya dan sahabatnya itu akan menolongnya pada masa akan datang, serta juga, jauh di benak hati, sahabat itu tahu, keresahan, permasalahan yg berlaku pada sahabatnya itu. Jadi, ana selalu berkongsi pengalaman dan ilmu, kerana ana tahu, di luar sana, ada sahabat yg ada masalah, jadi dengan ada blog ni, sedikit sebanyak, membantu beliau untuk mengatasi masalah, kita mungkin tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut, tpi, kita harus ada kekuatan untuk mengatasi masalah tersebut. Ok, itu sahaja dari saya, sekadar perkongsian, Salam Sahabat Keimanan!!!!!!!!!

Saturday 9 March 2013

Kembali Berjuang Di Medan Dakwah dan Kepimpinan

Alhamdulillah, kembali lagi setelah lama juga ana tidak post apa-apa dalam blog ana yang tidak seberapa ini. Masih lagi diberi nikmat dalam alam yang Allah berikan pelbagai nikmat yang di mana hamba-Nya berkongsi nikmat ini. Nafas, rezeki dan yang paling penting sekali adalah nikmat Iman dan Islam. Tanpa dua ini, kita tidak dapat ketenangan dan kemakmuran yang kita sekarang ini. Alhamdulillah. Jangan lupa sesekali ucap Alhamdulillah. Kerana apa? Kerana sebagai tanda kita bersyukur terhadap-Nya. Jangan lupa ya!!!!!!!!.

Baiklah, kini semangat baru menyusup dalam diri beserta iman dan taqwa terjana dalam diri. Dengan janaan iman dan taqwa, ana kembali berjuang di medan dakwah dan kepimpinan. Sebagai hamba yang diberi amanah oleh Allah S.W.T untuk memimpin dan mengajak, ana menjana iman dan taqwa ana. Ini kerana iman dan taqwa kita sentiasa berubah-ubah. Kadang-kadang dibawah, kadang-kadang di atas dan juga kadang kala, tetap. Jadi, sentiasa jana iman dan taqwa kita. Caranya??????. Bagi ana, setiap kita ada cara yang tersendiri, cara ana pula, sentiasa muhasabah diri dan beranikan diri untuk maju ke hadapan untuk berubah. Ini kerana dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah S.W.T tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu berubah sendiri. Maka dengan itu, sentiasa muhasabah diri, ingat segala perbuatan kita sepanjang hari, ada kita buat baik pada orang, ada kita buat sesuatu yang tidak elok, ada kita niat yang tidak elok atau wujud tak kita buat perkara-perkara yang sewaktu denganya. Perbetulkan niat kita, kenapa kita wujud dalam alam yang fana ini, kenapa kita hidup? Fikirkanlah. Allah akan sentiasa mengampunkan hamba-Nya yang buat kesalahan. Cantik kan Islam itu. Sematkan hati kita bahawa setiap orang Islam dalam dunia ini, kita semua adalah SAHABAT KEIMANAN!!!!!!. Mesej ini yang ana bawa setiap kali ana berada di hadapan. Berjuang di medan dakwah dan kepimpinan adalah tugas kita, tugas setiap ummah. Cuma ana diberi mandat untuk memimpin sebuah organissasi dalam kos yang ana ambil di menara gading iaitu DIMAC( Da'wah & Islamic Management Committe) dalam barisan Majlis Tetinggi. Perjuangan ana dalam medan dakwah dan kepimpinan semakin mencabar dan sukar. Semoga Allah beri kekuatan pada semua SAHABAT KEIMANAN dalam organisasi untuk teruskan perjuangan dalam usaha menyebarkan syiar Islam. Sekain Salam SAHABAT KEIMANAN!!!!!!